Cintailah Rasulullah kerana baginda s.a.w sangat menyayangi kita
Daripada
Abbas r.a, Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari
kubur di hari kiamat ialah Muhammad s.a.w. Jibrail a.s akan datang
kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendara dan
mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.”
Israfil
bersuara: “Wahai orang yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka,
kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar.
Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda s.a.w
telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda
s.a.w melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w dapati, tiada lagi bangunan.
Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda s.a.w bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibrail a.s berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda s.a.w bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibrail a.s berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda s.a.w bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.”
Baginda s.a.w bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Baginda s.a.w bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibrail
a.s menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat
perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat
datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiapkali Nabi Muhammad
s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya, “Di mana umatku?”
Jibrail a.s berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila
Nabi Isa a.s datang, Jibrail a.s menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s
dan Jibrail a.s menangis. Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Mengapa kamu
berdua menangis?”
Jibrail a.s berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Dimana umatku?”
Jibrail a.s berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila
mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya:
“Wahai Jibrail! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibrail a.s berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!”
Nabi
Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta
memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Nabi
Muhammad s.a.w bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya.
Umat-umatnya menangis. Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat
mengetahui sesuatu yang tersembunyi. “Di mana umat Muhammad s.a.w?”
Allah
Taala berfirman: “Wahai Jibrail! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad
s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibrail
a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad!
Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi
Muhammad s.a.w berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya
kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Allah
Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa
yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang
mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. “
Suara
jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru:
“Tuhanku. Penguasaku Penghuluku... Aku tidak meminta untuk diriku.
Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka
pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah
Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari
kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka
adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Nabi
Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan
kering dari pipinya. Sekali, baginda s.a.w sujud di hadapan Arsy Allah
s.w.t dan sekali lagi, baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat bagi
umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata:
“Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu
mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Fatimah r.a bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda s.a.w menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Tatkala
umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk
mendapatkan syafaat pada hari kiamat. Mariam, Asiah, Khadijah dan
Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad
s.a.w dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat
dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad
s.a.w.
Nabi
Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Ini umatmu, wahai
Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada
Allah Taala.”
Nabi
Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah
kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.
Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada
Allah Taala untukmu!”
Umat
Nabi Muhammad s.a.w berkumpul di sisinya. Ketika di atas Sirat, Nabi
Muhammad s.a.w bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan
kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku
sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar
apabila melihatmu.”
Nabi
Muhammad s.a.w berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda s.a.w
melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda s.a.w akan
menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad s.a.w
berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Selamatkan mereka!”